 |
 |
|
|
 |
| PENGADUAN ONLINE |
 |
 |
| Jika ada yang ingin diadukan, isi formulir di bawah ini. Form Aduan |
|
 |
 |
 |
| SEKRETARIAT |
 |
 |
Jl. Pulo Asem IC No. 15
RT/TW 015/001
Kelurahan Jati
Kecamatan Pulogadung
Jakarta Timur 13220
Tel/Fax: 021-4752803
Email: migrantcare@nusa.or.id |
|
 |
 |
 |
|
 |
|
|
 |
 |
|
| Berita / Buruh Migran |
|
| Pembantu Rumah, Majikan Wajib Hadir Seminar Mulai Bulan Depan |
|
| Minggu, 21 Februari 2010 20:29:00 |
Klik: 167 |
 |
 |
|
|
|
|
21 Februari, 2010 20:29 PM
Pembantu Rumah, Majikan Wajib Hadir Seminar Mulai Bulan Depan
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Bermula bulan depan, semua pembantu rumah asing yang baru masuk ke negara ini dan majikan mereka diwajibkan menghadiri seminar bagi memberi pendedahan tentang hak dan tanggungjawab mereka.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata seminar itu diharapkan dapat mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kes penderaan dan kecurian di kalangan pembantu rumah asing.
Diharap melalui program ini, kes-kes seperti penderaan, seksaan akan dikurangkan. Pada masa yang sama ia juga boleh mewujudkan golongan pembantu rumah yang bertanggungjawab, bilangan yang melarikan diri dan terlibat dalam insiden kecurian akan kurang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Garis Panduan Penggajian Pembantu Rumah Asing di sini.
Beliau berkata seminar separuh hari yang dinamakan Seminar dan Sesi Dialog Pembantu Rumah Asing anjuran kementerian menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang akan diadakan di seluruh negara itu wajib dihadiri oleh pembantu rumah dalam tempoh enam bulan selepas kemasukan mereka ke negara ini, bermula tahun ini.
Kita akan dapatkan senarai mereka yang dapat pas masuk daripada Jabatan Imigresen dan guna senarai itu untuk minta pekerja dan majikan hadiri kursus (seminar) ini, katanya.
Subramaniam berkata selain itu, agensi pekerjaan yang bertanggungjawab membawa masuk pekerja asing ini juga akan diwajibkan menghadiri seminar itu supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih positif.
Agensi pekerjaan pun diminta hadir untuk pastikan mereka juga mainkan peranan positif dan bertanggungjawab, ini kerana kadang-kadang ada aduan terhadap agensi oleh majikan, katanya.
Beliau berkata buku Garis Panduan Penggajian Pembantu Rumah Asing juga akan diberi kepada pembantu rumah ketika seminar tersebut yang menerangkan mengenai tanggungjawab majikan, agensi pekerja dan perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kontrak perkhidmatan mereka.
Buku ini mengandungi beberapa kandungan, salah satunya ia menerangkan peranan agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, JTK dan polis serta bagaimana menangani isu-isu salah laku, selain mengandungi talian hotline, laman web dan alamat jabatan-jabatan kerajaan untuk memudahkan mereka membuat aduan, katanya.
Sementara itu, Subramaniam berkata Malaysia dan Indonesia kini berbincang untuk mencari jalan tengah bagi menyelesaikan isu gaji pembantu rumah selepas perbincangan sebelum ini menemui jalan buntu.
Malaysia mempertahankan pendirian bahawa gaji perlu berdasarkan faktor pasaran selain perbincangan antara majikan dan pembantu rumah manakala Indonesia mencadangkan untuk menetapkan gaji minimum RM800.
Subramaniam berkata kedua-dua negara negara mahu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.
-- BERNAMA |
|
| Berita Buruh Migran Lainnya |
. Seakan Bukan Manusia . SBY Didesak Pasang Badan untuk TKI yang Terancam Hukuman Mati di Malaysia . Migrant Care: TKI Bisa Jadi Amunisi Melawan Malaysia . 24 Tancapan Paku Teman Pulang TKW Asal Sri Lanka . WNI dan Ancaman Hukuman Mati di Malaysia . Soal TKI, KBRI Kuala Lumpur Dinilai Tertutup . Presiden Minta 4 Menteri Kerja Keras . SBY Didesak Minta Pengampunan 345 TKI yang Divonis Mati di Malaysia . 2.041 TKI Tersangkut Kasus Pidana di Malaysia . MoU TKI Tak Terpengaruh Konflik
|
|
|
 |
 |
|
 |